Monday, 7 January 2013

Psoriasis



Definasi
Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.



Tanda-tanda
Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi :
  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang minima

Jenis-jenis psoriasis
  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Psoriasis bahagian lampin
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan
  

Guttate psoriasis
Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)


Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
  • Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan
  • Doktor akan memberi ubatan seperti :
    • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
    • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol
    • Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA
 
Pengunaan Zarra Paramedical bagi merawat dan menghindari radang berterusan.
Rawatan intesif dengan menggunakan Calming Cleansing Milk dan SPF50.



Calming Cleansing Milk
Pembersih susu semulajadi dengan gred tertinggi berasaskan akar manis dan ekstrak gingko biloba. Membantu membersihkan wajah dari debu dan kekotoran tanpa memberi kesan terhadap kelembutan kulit. Boleh digunakan untuk membersihkan mekap. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit yang sensitif dan yang mengalami masalah eczema.  

Kelebihan utama produk :

Meredakan dan menguatkan sistem pertahanan kulit.
Mengecutkan eczema, psoriasis dan masalah penyakit kurap.
Pencuci solekan yang lembut. 


SPF50 sebagai pelindung berterusan.

Susulan itu mengguna set Bio Nutri Care mampu memberi rawatan dan pelindungan jangka panjang.
 

Perkara perlu diingati
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. Jangan garu atau kikis sisik atau psoriasis kerana ia akan menjadi lebih teruk dan kulit menebal.

No comments:

Post a Comment