Thursday, 3 January 2013

Fakta Mengenai Penuaan Kulit


Memahami Punca-Punca Penuaan Kulit



PENDEDAHAN KEPADA MATAHARI


Kebanyakan masalah penuaan yang disebabkan oleh faktor luaran terjadi akibat pendedahan kepada cahaya matahari. Kerosakan yang terkumpul hasil pendedahan selama bertahun-tahun lamanya akan menyumbang terhadap penuaan pramatang kulit. Cahaya ultralembayung (UV) bertindak menguraikan kolagen dan elastin dalam kulit serta membantutkan penghasilan kolagen. Cahaya matahari juga menyebabkan timbulnya jeragat, bintik tetua, vena varikos pada wajah, kulit kasar dan keras, kedutan dan garis-garis halus, geleber, pigmentasi serta kanser kulit.


FAKTOR FAKTOR PENYUMBANG LAIN.


Pencemaran, asap dan cuaca yang keterlaluan merupakan salah satu punca utama penuaan kulit. Radikal bebas yang wujud dalam persekitaran tercemar juga boleh merosakkan sel-sel kulit.


GRAVITI

Tarikan graviti bumi (walaupun kita tidak menyedarinya) memainkan peranan penting dalam perubahan bentuk tubuh apabila meningkatnya usia. Ketika usia mencecah 50 tahun, kulit kian hilang keanjalannya dan kendur serta geleber mula berlaku pada muka dan bahagian badan yang lain.


POSISI TIDUR


Tidur dengan merehatkan muka anda pada posisi yang sama pada bantal setiap malam boleh menimbulkan kedutan atau lebih biasa dikenali sebagai garis-garis tidur. Lama-kelamaan, garis-garis tidur ini terus ‘terukir’ pada wajah anda buat selamanya.


ANDA MEROKOK ???


Merokok mencetuskan perubahan biokimia tubuh yang menyebabkan proses penuaan kulit berlaku lebih cepat berbanding normal. Kajian menunjukkan bahawa kulit individu yang menghisap lebih 10 batang rokok setiap hari selama lebih 10 tahun akan cenderung untuk menjadi keras dan berkedut dengan teruk. Warna kulit yang kekuning-kuningan pada seluruh tubuh dan jari juga adalah kesan sampingan merokok jangka panjang. Perbuatan menggigit rokok di celah bibir secara berulang kali akan mengakibatkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah terutamanya di sekeliling bibir dan dagu.



PENYELESAIAN NYA

Walaupun kita tidak bolih melawan pengedaran masa tapi kita mampu membantu dengan menghidarkan faktor2 diatas sebaik mungkin dan juga dengan rawatan dan penjagaan kulit yang sempurna dengan pengunaan produk Bio Nutri Care Zarraz Paramedical







No comments:

Post a Comment