Showing posts with label eczema. Show all posts
Showing posts with label eczema. Show all posts

Sunday, 3 February 2013

One Solution



One Solution Untuk Rawatan Semua Jenis Masalah Kulit

Set One Solution adalah set Zarraz Paramedical yang merangkumi item2 khas untuk merawat masalah kulit terutamanya untuk masalah kulit sensitif, jerawat, jeragat, kulit kusam, eczema, kulit gatal, kulit berminyak, jerawat halus dan kulit gabungan.



Kandungan Set One Solution ini 100% sama seperti apa yang terkandung dalam packaging asal (botol warna merah). Hanya saiz packaging yang dikecilkan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan packaging asal Zarraz Paramedical bagi mereka yang ingin mencuba dan memiliki produk ini.

Set One Solution ini merangkumi:-
1. Firming Cleanser - 20ml
2. Essence Sebum Gel - 10ml
3. Sun Protection SPF50 - 10ml
FREE - Calming Cleansing Milk - 15ml

Harga: RM150/ per pek

CARA PENGGUNAAN NYA

Kulit normal, kering dan matang



1. Gunakan Calming Cleansing Milk sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

2. Cuci dengan Firming Cleanser selepas itu. Gunakan Firming Cleanser ini sebanyak 2 kali sehari sama seperti Calming Cleansing Milk.
3. Sapu sedikit Essence Sebum Gel di kawasan minyak, T-zone atau pori-pori terbuka jika ada. Perlu diguna SEKALI SEHARI saja supaya tidak mengeringkan wajah anda sehingga kelihatan mengelupas.

4. Selepas Essence Sebum Gel betul-betul telah kering (sehingga tiada rasa melekit) barulah gunakan Produk Sun Protection SPF50 ini. Sapu rata dan oleskan perlahan-lahan ke seluruh wajah dengan urutan keatas supaya produk ini boleh menyerap sehingga ke lapisan dermis kulit.


Tips: Gunakan Sun Protection SPF50 sekerap mungkin bagi mendapatkan kulit yang bersinar, segar dan sihat. Boleh gunakan sehingga 4 ke 5 kali sehari. Boleh gunakan ini semasa tidur menggantikan night cream.


Kulit Berminyak dan Berjerawat


1. Gunakan Calming Cleansing Milk sebagai pencuci muka yang pertama untuk menyingkirkan kotoran-kotoran dan bacteria yang menyebabkan jerawat. Gunakan sebanyak 2 kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.


2. Selepas muka dibilas, gunakan pula Firming Cleanser sebagai pencuci muka kedua yang mana produk ini mampu menyingkirkan kotoran sehingga ke lapisan dermis dan melegakan rasa stress.  Gunakan 2 kali dalam sehari sama seperti Calming Cleansing Milk.
  
3. Lap muka dan sapukan Essence Sebum gel pada keseluruhan wajah terutama tempat yang berminyak dan berjerawat.

4. Pastikan Essence Sebum Gel telah kering sepenuhnya sebelum memakai Sun Protection SPF50 di seluruh wajah. Sapu rata dan oleskan perlahan-lahan ke seluruh wajah dengan urutan keatas untuk mendapatkan kulit yang gebu, segar dan bersinar.


Tips: Gunakan Essence Sebum Gel sekerap mungkin bagi mengecutkan jerawat dan kawalan kulit yang berminyak. Gunakan juga Essence Sebum Gel dan Sun Protection SPF50 semasa tidur untuk mempercepatkan proses rawatan jerawat.



Kulit Sensitif, Gatal dan Eczema



1. Gunakan hanya Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50 sahaja terlebih dahulu sehingga kemerahan dan kegatalan pada wajah hilang selama 1 hingga 2 minggu.

2. Selepas kulit anda sihat, bolehlah memakai produk lain dalam set One Solution ini.

3. Gunakan pencuci muka Calming Cleansing Milk 3 kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur.

4. Firming Cleanser hanya digunakan 2 kali sehari sahaja iaitu pada waktu pagi dan petang.

5. Sapu sedikit Essence Sebum Gel pada tempat berminyak, bintik hitam/putih dan pori-pori terbuka jika ada. Gunakan sekali sehari sahaja pada waktu pagi.

6. Kemudian sapu rata Sun Protection SPF50 ke seluruh wajah dan oles dengan lembut dengan urutan keatas supaya meresap ke lapisan dermis kulit. Gunakan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Gunakan juga sebagai krim malam.



Tips: Gunakan Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50 sekerap mungkin bagi memperkuatkan struktur kulit dan meredakan kemerahan kulit.



Kulit Gabungan


1. Cuci muka dengan Calming Cleansing Milk sebagai pencuci muka yang pertama. Gunakan sebanyak 2 kali sehari pagi dan malam.

2. Cuci semula dengan Firming Cleanser selepas Calming Cleansing Milk dibilas. Gunakan sebanyak 2 kali sehari sama seperti Calming Cleansing Milk.
  
3. Sapu sedikit Essence Sebum Gel pada kawasan yang berminyak, T-zone, bintik hitam / putih & pori-pori terbuka sahaja.

4. Sapukan Sun Protection SPF50 selepas Essence Sebum Gel betul2 kering sepenuhnya sehingga tiada rasa melekit. Sapu dengan rata dengan urutan keatas bagi mendapatkan kulit yang cantik dan segar sentiasa. Gunakan sebagai krim malam.


Tips: Gunakan Essence Sebum Gel dan Sun Protection SPF50 siang dan malam sekerap mungkin bagi memiliki kulit yang cerah, sekata dan seimbang.



Set One Solution ini pasti menjadikan kulit Sihat, Segar dan Berseri tanpa sebarang masalah.


Gunalah tanpa was-was kerana
Beauty is Responsibility!





Monday, 7 January 2013

Psoriasis



Definasi
Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.



Tanda-tanda
Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi :
  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang minima

Jenis-jenis psoriasis
  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Psoriasis bahagian lampin
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan
  

Guttate psoriasis
Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)


Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
  • Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan
  • Doktor akan memberi ubatan seperti :
    • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
    • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol
    • Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA
 
Pengunaan Zarra Paramedical bagi merawat dan menghindari radang berterusan.
Rawatan intesif dengan menggunakan Calming Cleansing Milk dan SPF50.



Calming Cleansing Milk
Pembersih susu semulajadi dengan gred tertinggi berasaskan akar manis dan ekstrak gingko biloba. Membantu membersihkan wajah dari debu dan kekotoran tanpa memberi kesan terhadap kelembutan kulit. Boleh digunakan untuk membersihkan mekap. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit yang sensitif dan yang mengalami masalah eczema.  

Kelebihan utama produk :

Meredakan dan menguatkan sistem pertahanan kulit.
Mengecutkan eczema, psoriasis dan masalah penyakit kurap.
Pencuci solekan yang lembut. 


SPF50 sebagai pelindung berterusan.

Susulan itu mengguna set Bio Nutri Care mampu memberi rawatan dan pelindungan jangka panjang.
 

Perkara perlu diingati
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. Jangan garu atau kikis sisik atau psoriasis kerana ia akan menjadi lebih teruk dan kulit menebal.