Sunday, 20 January 2013

Open Pores (Liang Pori-Pori)




Wajah yang halus, lembut dan putih gebu tanpa noda, ditambah pula perwatakan serta penampilan menarik membuatkan sesiapa saja memandang pasti tertawan. Berbanding mereka yang kulit berjerawat, berminyak dan liang poripori tampak kasar dan besar, gagal mencuri tumpuan.

Punca liang poripori besar.

* Terdedah kepada matahari secara berlebihan.
* Merokok                                                       
* Penuaan
* Genetik
* Mengamalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula   berlebihan
* Perubahan hormon akibat menopaus dan semasa hamil


Keinginan memiliki wajah jelita seperti bidadari bukannya mudah sekiranya seseorang tidak berdisiplin menjaga, membersih dan merawat kulit, melainkan memang mereka dianugerah kulit cantik sejak azali lagi.

Bagi sebilangannya apabila memasuki saja usia remaja pelbagai masalah kulit melanda akibat perubahan hormon dan ia berterusan sehingga menjengah usia matang. Dengan banyak lagi faktor lain seperti panahan matahari dan gaya hidup menyumbang masalah lebih teruk kepada kulit.

Perubahan poripori

Tambahan pula seseorang itu mempunyai lebih 300,000 liang poripori pada wajah. Ini satu lagi isu ketara dapat dilihat pada kulit individu.

Pada umumnya, setiap orang sebenarnya mempunyai liang pori-pori terbuka luas dan besar, saiz liang dua kali ganda lebih besar apabila berusia sekitar antara 25 hingga 50 tahun.

Keadaan itu menyebabkan kulit wajah tampak kasar dengan permukaan tidak sekata dan pada ketika itu selalu terdetik mahu saja ingin kembali seperti bayi yang mempunyai kulit mulus.

Hakikatnya, liang roma mula muncul selepas akil baligh, iaitu apabila mulanya pengeluaran androgen. Berdasarkan kajian dilakukan kepada testis pada lelaki dan ovari pada wanita, liang roma akan membesar serta-merta dan mengeluarkan minyak (sebum) sejajar dengan perubahan hormon apabila remaja meningkat dewasa.

Perubahan poripori besar juga bergantung kepada genetik diwarisi ibu bapa, umur dan status hormon, selain amalan gaya hidup apabila sering terdedah kepada sinaran ultra lembayung.

Keadaan cuaca di Malaysia beriklim panas dan pencemaran alam sekitar menyebabkan kulit mudah rosak, kendur, melemahkan struktur liang roma dan menyumbang kepada saiz lebih besar.

Liang poripori semakin besar jika kerap memicit jerawat, bagaimanapun penggunaan produk kecantikan yang tepat dan amalan konsisten mampu mengurangkan masalah itu.

 
Wanita lebih bimbang   
 
Masalah liang poripori terbuka paling dibimbangi wanita manakala lelaki tidak ramai ambil peduli. Berdasarkan kajian liang poripori lelaki lebih besar daripada wanita kerana lebih banyak androgen dalam badan iaitu testosteron dan dihydrotestosterone (DHT) yang bertanggungjawab menyerang kelenjar minyak. Bagaimanapun, jika mereka mengamalkan rejim penjagaan kecantikan, liang pori-pori menjadi kecil.

Menurut Pakar Dermatologi dan Kecantikan, apabila minyak kelenjar lebih sensitif kepada androgen tahap androgen lebih tinggi sekali gus menyebabkan lebih banyak minyak terhasil. Katanya, bagi mereka berkulit kering liang poripori tidak begitu kelihatan berbanding mereka kulit berminyak.

Sebagai contoh, jika dua individu mempunyai tahap darah androgen sama, tahap sensitif kelenjar minyak mereka mungkin berbeza. Dalam kes ini, setiap individu akan menghasilkan jumlah minyak berbeza berikutan saiz liang poripori berbeza. Secara purata, lelaki dewasa menghasilkan kira-kira 10 kali lebih testosteron daripada wanita dewasa bagaimanapun wanita lebih sensitif terhadap hormon mereka.

Dengan penjagaan yang betul dengan produk Zarraz Paramedical anda mampu mengekecilkan kembali liang poripori dengan sekali gus mengahasilkan kulit yang kembali lembut dan anjal. Pastikan anda mendapat kolagen yang cukup untuk binaan cell cell baru dan kulit anda ada kelembabpan yang kekal.



Gunakan Firming Cleanser untuk mencuci wajah dan di ikuti dengan Refreshing Hydrating Lotion sebagai pelembab. Selepas tu gunakan Essence Sebum Gel yang mampu menstabilkan keluaran minyak (sebum) diwajah anda. Akhir sekali sapu SPF 50 sebagai pelindung. Sila rujuk Cara Penggunaan Zarraz Paramedical. 

Amalkan minum air kosong secukupnya tiap hari (8 gelas) dan seminggu sekali gunalah Clarifying Renewal Mask untuk mengimbangkan kembali tahap pH kulit anda.


Tip penjagaan wajah

* Amalkan rawatan dan membersihkan secara berdisiplin.
* Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam
* Sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka
* Pakaikan `mask' muka
* Banyak minum air masak
* Makan buah-buahan dan sayur-sayuran


No comments:

Post a Comment