Sunday, 27 January 2013

Bengkel Transformasi Anggun "Seri Bagaikan Bintang"

MENARIK MENANTI ANDA!!!
  • Teknik senaman dalaman untuk wanita.
  • Teknik asas penjagaan muka oleh Pakar Kecantikan Zarraz.
  • Teknik pemakaian bedak asas yang sempurna. 
  • Solekan ‘gaya artis popular’.
  • Teknik pemakaian tudung gaya terkini.
  • Soal  jawab masalah kulit wajah.

  • Tempat: International Youth Center, Cheras
  • Tarikh: 16hb.Feb. 2013
  • Masa: 9am ~ 5pm
  • Yuran: Promosi Daftar :-
  •  1orang RM70/
  •  2orang RM120/
  •  3orang RM150/
  •  termasuk makan tengahari
  • * Percuma satu produk Zarraz.

Tel/SMS: 019-2401664 atau Whatsapp 60192401664

Sunday, 20 January 2013

Open Pores (Liang Pori-Pori)




Wajah yang halus, lembut dan putih gebu tanpa noda, ditambah pula perwatakan serta penampilan menarik membuatkan sesiapa saja memandang pasti tertawan. Berbanding mereka yang kulit berjerawat, berminyak dan liang poripori tampak kasar dan besar, gagal mencuri tumpuan.

Punca liang poripori besar.

* Terdedah kepada matahari secara berlebihan.
* Merokok                                                       
* Penuaan
* Genetik
* Mengamalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula   berlebihan
* Perubahan hormon akibat menopaus dan semasa hamil


Keinginan memiliki wajah jelita seperti bidadari bukannya mudah sekiranya seseorang tidak berdisiplin menjaga, membersih dan merawat kulit, melainkan memang mereka dianugerah kulit cantik sejak azali lagi.

Bagi sebilangannya apabila memasuki saja usia remaja pelbagai masalah kulit melanda akibat perubahan hormon dan ia berterusan sehingga menjengah usia matang. Dengan banyak lagi faktor lain seperti panahan matahari dan gaya hidup menyumbang masalah lebih teruk kepada kulit.

Perubahan poripori

Tambahan pula seseorang itu mempunyai lebih 300,000 liang poripori pada wajah. Ini satu lagi isu ketara dapat dilihat pada kulit individu.

Pada umumnya, setiap orang sebenarnya mempunyai liang pori-pori terbuka luas dan besar, saiz liang dua kali ganda lebih besar apabila berusia sekitar antara 25 hingga 50 tahun.

Keadaan itu menyebabkan kulit wajah tampak kasar dengan permukaan tidak sekata dan pada ketika itu selalu terdetik mahu saja ingin kembali seperti bayi yang mempunyai kulit mulus.

Hakikatnya, liang roma mula muncul selepas akil baligh, iaitu apabila mulanya pengeluaran androgen. Berdasarkan kajian dilakukan kepada testis pada lelaki dan ovari pada wanita, liang roma akan membesar serta-merta dan mengeluarkan minyak (sebum) sejajar dengan perubahan hormon apabila remaja meningkat dewasa.

Perubahan poripori besar juga bergantung kepada genetik diwarisi ibu bapa, umur dan status hormon, selain amalan gaya hidup apabila sering terdedah kepada sinaran ultra lembayung.

Keadaan cuaca di Malaysia beriklim panas dan pencemaran alam sekitar menyebabkan kulit mudah rosak, kendur, melemahkan struktur liang roma dan menyumbang kepada saiz lebih besar.

Liang poripori semakin besar jika kerap memicit jerawat, bagaimanapun penggunaan produk kecantikan yang tepat dan amalan konsisten mampu mengurangkan masalah itu.

 
Wanita lebih bimbang   
 
Masalah liang poripori terbuka paling dibimbangi wanita manakala lelaki tidak ramai ambil peduli. Berdasarkan kajian liang poripori lelaki lebih besar daripada wanita kerana lebih banyak androgen dalam badan iaitu testosteron dan dihydrotestosterone (DHT) yang bertanggungjawab menyerang kelenjar minyak. Bagaimanapun, jika mereka mengamalkan rejim penjagaan kecantikan, liang pori-pori menjadi kecil.

Menurut Pakar Dermatologi dan Kecantikan, apabila minyak kelenjar lebih sensitif kepada androgen tahap androgen lebih tinggi sekali gus menyebabkan lebih banyak minyak terhasil. Katanya, bagi mereka berkulit kering liang poripori tidak begitu kelihatan berbanding mereka kulit berminyak.

Sebagai contoh, jika dua individu mempunyai tahap darah androgen sama, tahap sensitif kelenjar minyak mereka mungkin berbeza. Dalam kes ini, setiap individu akan menghasilkan jumlah minyak berbeza berikutan saiz liang poripori berbeza. Secara purata, lelaki dewasa menghasilkan kira-kira 10 kali lebih testosteron daripada wanita dewasa bagaimanapun wanita lebih sensitif terhadap hormon mereka.

Dengan penjagaan yang betul dengan produk Zarraz Paramedical anda mampu mengekecilkan kembali liang poripori dengan sekali gus mengahasilkan kulit yang kembali lembut dan anjal. Pastikan anda mendapat kolagen yang cukup untuk binaan cell cell baru dan kulit anda ada kelembabpan yang kekal.



Gunakan Firming Cleanser untuk mencuci wajah dan di ikuti dengan Refreshing Hydrating Lotion sebagai pelembab. Selepas tu gunakan Essence Sebum Gel yang mampu menstabilkan keluaran minyak (sebum) diwajah anda. Akhir sekali sapu SPF 50 sebagai pelindung. Sila rujuk Cara Penggunaan Zarraz Paramedical. 

Amalkan minum air kosong secukupnya tiap hari (8 gelas) dan seminggu sekali gunalah Clarifying Renewal Mask untuk mengimbangkan kembali tahap pH kulit anda.


Tip penjagaan wajah

* Amalkan rawatan dan membersihkan secara berdisiplin.
* Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam
* Sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka
* Pakaikan `mask' muka
* Banyak minum air masak
* Makan buah-buahan dan sayur-sayuran


Friday, 18 January 2013

Resdung



Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.
Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca' penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan. Mengikut doctor tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Apa itu Resdung?
Resdung atau sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.
Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.


Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.
Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.
Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Essence Sebum Gel mampu memberi rawatan jangkamasa panjang secara tak lansung. 

Diformulakan dengan bahan utama bersama Witch Hazel & Wild Pansy ia mampu merawat resdung sambil penggunaan merawat jerawat.
Kesan penyembuhan yang mungkin akan dialami ketika mula-mula menggunakan produk ini iaitu:
  1. Pedih ~ Fasa membunuh bakteria.
  2. Gatal ~ Fasa merawat resdung
  3. Berangin ~ Fasa penyembuhan
Cara Pemakaian
Gunakan selepas Refreshing Hydrating Lotion. Hanya perlu letak pada kawasan yang bermasalah seperti jerawat, white head, black head, kawasan berminyak dan pada kulit yang mempunyai liang pori-pori terbuka seperti di hidung, pipi, dagu dan dahi (T-Zone).

Fakta
Simptom sinusitis
  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.

Testimoni seorang pengidap resdung sejak kecil.

Ahmad Zulfaisal 29 thn 


Resdung adalah musuh utama saya. Saya rimas dan gatal gatal dibahagian muka. Setiap pagi selepas mandi saya selsema dan bersin berpuluh kali. Try pakai Sebum Gel selepas 7 hari mukos (kahak) keluar dengan sendirinya. Kini saya lega tanpa perlu jumpa doctor untuk dapatkan rawatan kritikal.


Dapatkan segera...

Monday, 7 January 2013

Psoriasis



Definasi
Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.



Tanda-tanda
Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi :
  • Keguguran sisik pada kulit
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
  • Gatal tetapi pada tahap yang minima

Jenis-jenis psoriasis
  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Psoriasis bahagian lampin
  • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan
  

Guttate psoriasis
Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)


Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
  • Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan
  • Doktor akan memberi ubatan seperti :
    • Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
    • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol
    • Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA
 
Pengunaan Zarra Paramedical bagi merawat dan menghindari radang berterusan.
Rawatan intesif dengan menggunakan Calming Cleansing Milk dan SPF50.



Calming Cleansing Milk
Pembersih susu semulajadi dengan gred tertinggi berasaskan akar manis dan ekstrak gingko biloba. Membantu membersihkan wajah dari debu dan kekotoran tanpa memberi kesan terhadap kelembutan kulit. Boleh digunakan untuk membersihkan mekap. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit yang sensitif dan yang mengalami masalah eczema.  

Kelebihan utama produk :

Meredakan dan menguatkan sistem pertahanan kulit.
Mengecutkan eczema, psoriasis dan masalah penyakit kurap.
Pencuci solekan yang lembut. 


SPF50 sebagai pelindung berterusan.

Susulan itu mengguna set Bio Nutri Care mampu memberi rawatan dan pelindungan jangka panjang.
 

Perkara perlu diingati
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. Jangan garu atau kikis sisik atau psoriasis kerana ia akan menjadi lebih teruk dan kulit menebal.