Showing posts with label zarraz paramedica. Show all posts
Showing posts with label zarraz paramedica. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

Menjaga Kulit Anda


KULIT YANG SIHAT
Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan mengagumi anda.
Kulit yang sihat juga melindungi anda daripada sinaran matahari dan bahan-bahan lain yang boleh memasuki badan anda. Kulit anda ialah sistem pertahanan badan anda, jadi jagalah ia dengan baik.

BENARKAH ADA MAKANAN KHAS UNTUK KULIT?
Anda tidak memerlukan banyak losyen atau kosmetik untuk mempunyai kulit yang cantik atau sihat. Makanan juga mempunyai banyak nutrien semulajadi yang bagus untuk kulit anda. Tetapi cara yang betul untuk kulit anda mendapati nutrien-nutrien ini ialah dengan mengikuti cara pemakanan yang seimbang, bukan dengan meletakkannya atau memerahnya pada kulit anda.




MASALAH BIASA KULIT
Alamak! Jerawat!!

Jerawat dan akne adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa akil baligh. Masalah ini bukannya serius sangat, tetapi anda boleh mendapatkan rawatan perubatan jika anda risau.
Masalah kulit akan menjadi lebih teruk jika anda tidak mengikuti cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting, anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.


CARA JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL
Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:
  • Amalkan penjagaan kulit 4P –

  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
  • Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.
  • Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.
Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, kami sedia membantu anda. Hubungi kami untuk temujanji.






Wednesday, 2 January 2013

Apa Anda Patut Tahu!!






1. Adakah produk Zarraz Paramedical berkesan?
J : Ya, ia berkesan kerana set lengkap produk ini mempunyai keistimewaan daripada 3 gabungan alternatif perubatan kecantikan iaitu diterapkan unsur ayurvedic,homoepathy dan rawatan anti-aging yang akan memperbaharui sel baru setiap hari. 

2. Kenapa perlu mengambil set lengkap Bio Nutri Care Zarraz Paramedical ?
J : Kerana setiap satu produk mempunyai fungsi yang tersendiri, di mana ia saling melengkapi antara satu sama lain untuk menyihatkan kulit justeru akan memberi perubahan yang positif kepada kulit wajah anda.

3. Bagaimanakah cara untuk mendapat kesan terbaik?
J : Dari segi penjagaan luaran ,sebaiknya sebelum memakai produk ini, buatlah rawatan facial untuk membuang sel mati atau memakai mask terlebih dahulu.
Andainya sebelum ini anda nemakai produk pengelupasan, sebaiknya biarkan kulit rehat dahulu selama 2 minggu.
Dari segi dalaman , amalkan memakan banyak buah-buahan, minum air 8 gelas sehari , elakkan makan makanan yang bergoreng dan pedas bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

4. Adakah mana-mana produk yang memberi kesan sampingan?
J: Tidak. Kerana produk Zarraz 100% tidak menggunakan bahan kimia. Produk ini adalah diformulakan sebagai rawatan khas untuk menyembuhkan. Kesan yang cepat akan anda lihat.
Namun sesetengah antara anda akan mengalami proses penyembuhan kerana setiap dari kita mempunyai kulit yang berbeza.

5. Apabila sudah mendapat kesan perubahan pada wajah,perlukah meneruskan pemakaian produk zarraz paramedical?
J: Sebaik-baiknya perlulah diteruskan agar kulit sentiasa mendapat nutrisi dan pertumbuhan kulit baru setiap hari. Paling penting agar kulit sentiasa nampak bersinar ( glowing ). Inilah amalan awet muda.

6. Berapakah umur yang sesuai untuk menggunakan produk ini?
J: Bermula pada umur seseorang itu akil baligh ( 11tahun ) sehingga mencecah umur tua. Set Bio Nutri Care bolih diguna bersamaan produk Zarraz tambahan mengikut kaedah kulit dan umur.



7. Bolehkah produk ini digunakan bersama dengan produk lain?
J: Sebaik-baiknya harus menggunakan satu set lengkap produk zarraz untuk mendapatkan perubahan kesan yang maksimum. Jika anda mahu juga mencampurkan dengan produk lain,disarankan produk lain yang diterima itu wajib mengandungi bahan tumbuh-tumbuhan,vitamin,dan buah-buahan sahaja. Tetapi kesannya tidak kami jamin sama sekali dengan jika anda memakai satu set lengkap produk Zarraz Paramedical.

8. Jika berhenti memakai produk ini, apakah yang akan berlaku?
J: Tidak akan ada apa-apa keburukan yang berlaku kerana bahan kandungan produk ini selamat 100% digunakan. Hanya mungkin kulit tidak akan bersinar seperti sentiasa seperti anda memakai produk Zarraz.

9. Apakah keistimewaan produk ini berbanding produk lain?
J: Formula produk ini telah dikaji selama 2 tahun sebelum di pakaging kan. Dicipta oleh para saintis,doktor anti-aging dan pakar kulit . Setiap produk ini mempunyai minyak aromaterapi yang akan membuatkan seseorang itu tenang dan segar.

10. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan produk ini?  
J:  Sila click disini