Apakah
penyakit panau?
Panau
adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh
kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit
di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada,
belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia ini adalah
sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam
keadaan-keadaan yang tertentu.
Bagaimanakah
rupa penyakit panau?
Bahagian-bahagian
badan yang biasa dijangkiti panau selalunya kaya dengan sebum seperti bahagian
dada, belakang badan, lengan dan leher. Pesakit-pesakit mempunyai tompok-tompok
pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang
berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kala
bercantum menyebabkan permukaan yang terlibat lebih luas. Sesetengah
pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat. Ada juga pesakit-pesakit yang
kurang senang dengan tompok-tompok yang ketara pada kulit.
Gambar-gambar
berikut menunjukkan kepelbagaian warna pada tompok-tompok panau.
Siapa
yang mendapat panau?
Panau
boleh berlaku pada semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia lebih kerap
berlaku di kalangan remaja dan belia. Pesakit yang kekurangan zat makanan atau
mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant
kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau
peluh yang berlebihan.
Adakah panau
itu berjangkit?
Tidak.
Ramai orang dewasa mempunyai kulat ini pada badan mereka tanpa mendatangkan
apa-apa masalah.
Adakah
panau itu kerap?
Panau
kerap berlaku di kawasan tropika dengan insiden setinggi 40%.
Bagaimanakah
panau dirawat?
Panau
boleh dirawat dengan dua kaedah iaitu ubat sapu atau ubat makan/sistemik. Ubat
sapu pada keseluruhannya lebih selamat dan dibahagikan kepada jenis ubat yang
tidak spesifik terhadap kulat dan antikulat.
Contoh-contoh
ubat tidak spesifik terhadap kulat:
- Losyen 2.5% selenium sulphide
- Propylene glycol
- Whitfield’s ointment
Ubat sapu
antikulat:
- Kumpulan azole – clotrimazole, miconazole, ketoconazole, econazole, tioconazole
- Krim terbinafine
Rawatan
sistemik antikulat hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang mempunyai panau
yang teruk, panau yang berulang atau panau yang gagal dirawat dengan ubat sapu.
Rawatan sistemik hanya boleh diberi oleh doktor atau pakar kulit disebabkan
kesan sampingan mereka dan tindak balas dengan ubat-ubatan lain. Contoh-contoh
ubat sistemik antikulat adalah itraconazole, fluconazole dan ketoconazole.
Cara alternative
menghapuskan panau 100% TANPA BAHAN KIMIA.
Gunakan
Zarraz Paramedical Sun Protection SPF50 3 atau 4 kali sehari di bahagian
berkenaan. Penggunaan yang kerap akan lebih berkesan. Sebagai medium anti-oxidan SPF50 dapat menghapuskan sel-sel penyakit sambil memberi pelindungan yang sempurna.
Bolehkah
panau itu sembuh?
Ya.
Secara keseluruhannya pesakit boleh sembuh dengan rawatan yang tersebut di
atas. Segelintir pesakit yang mempunyai tompok-tompok pucat mengambil masa
berbulan-bulan atau bertahun sebelum warna kulit kembali seperti sedia kala.
Ini tidak bermakna yang rawatan itu telah gagal. Kulat menghasilkan bahan kimia
yang toksik dan menghalang fungsi sel-sel pigmen semasa jangkitan aktif. Ia
mengambil masa untuk pulih.Penggunaan SPF50 akan melindung sambil merawat kulit.
GUNAKAN TANPA
WAS WAS!!!